Ahli Kugiran

Fazleena Hishamuddin
(Tukang Cerita/Penyair)
Fazleena Hishamuddin dilahirkan pada 13 November 1979, pemegang Sarjana Muda Sastera (major Kesusasteraan Melayu) dan Sarjana Psikologi Kaunseling dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pernah bertugas sebagai kaunselor selama dua tahun dan kemudian bekerja di beberapa buah agensi pengiklanan dan produksi sebagai produser, pengarah, penulis skrip dan pengurus acara sehingga kini. Fazleena juga merupakan aktivis teater dan kemanusiaan.
Penubuhan Fazleena & The Lasykar merupakan ruang untuknya berkarya bersama teman-teman rapat dan bergembira bersama.

Ana Syuhada
(Vocal & Synthesizer)
Graduan muzik UiTM, seorang ibu dan guru. Mencintai seni muzik dan dunia perkembangan awal kanak-kanak, kini mengusahakan Taman Didikan Kanak-Kanak berteraskan muzik yang menyediakan ruang inklusif buat kanak-kanak tipikal & non - tipikal.

Wan Shah Baharom Bin Niktah
(Drummer)
Nama pentas ONE SOFAZR, lahir pada 11/10/1981 di Selangor. Kerjaya hakiki adalah sebagai programmer. Kerjaya Seni (since 2003) sebagai Pelakon, Komposer, Penulis Lirik dan Pemain Drum Kumpulan SOFAZR dan FATL. Anugerah/Pencapaian (bersama SOFAZR): Kumpulan Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2007, Artis Berkumpulan/Duo Popular ABPBH 2007, Anugerah Platinum Album Janjiku 2008. Diserap masuk ke FATL pada awal september 2017 sebagai ahli tetap.

Shah Kimin
(Xylaphone & Back Up Vocal)
Seorang Graduan UiTM dalam bidang Teater. Berasal dari Kelantan, dan watak “Peran” di dalam Makyung adalah watak yang paling diminatinya. Bermula karier sebagai seorang pelakon teater secara kecil kecilan dan kemudian mula terlibat secara serius dalam lakonan dan akhirnya banyak terlibat dalam industri penggambaran di Malaysia antaranya ialah W:Two Worlds terbitan viu. Memilih “versatility is my middle name” sebagai cabaran dalam bidang seninya. Berada di dalam satu rumah yang rata-rata ikut resmi padi, adalah satu anugerah. Maka benarlah: “Cari sekeliling kita, apakah makna CINTA” Fazleena & The Lasykar.

Aliff Yasraff
(Flute & Cajun)
Lahir pada 15 Januari 1990, graduan Diploma teater dan Ijazah Sarjana Muda Perfileman UiTM ini memulakan karier lakonannya di platform rancangan realiti TV “Bintang Mencari Bintang 2014” dan mengembangkan lagi bakat komedinya di pentas “Maharajalawak Mega 2019” dan “Maharajalawak Mega 2021” dan meneruskan karier lakonannya didalam beberapa Telemovie, Drama dan Filem yang bergenre komedi. Namun pada 2021, si hitam manis yang sangat mengidamkan watak antagonis ini mula mendekatkan diri dengan Silat (Pusaka Gayong) serta menjinakkan diri di dalam kancah aksi dan turut terlibat didalam filem penuh aksi yang berjudul “Walid” yang telah ditayangkan di Malaysia, New York dan Los Angeles serta tercalon di Capri Hollywood Film Festival 2023, Italy.

Atoi Tohet
(Backup vocal/Percussion)
Seorang graduan teater dari UiTM. Aktif bergiat dalam pelbagai cabang industri seni sebagai pelakon, pengacara TV dan kini bertugas sebagai penyampai radio di Rakita 107.9.

Anas Ridzuan
(Komposer, Vocal & Gitaris)
Anas Ridzuan ialah seorang penyanyi, pengacara, pelawak dan pelakon lelaki Malaysia. Beliau ialah bekas peserta Mentor musim ke-6 yang dibimbing oleh Faizal Tahir. Anas dilahirkan pada 17 Januari 1989 dan berasal dari Kedah, Malaysia. Beliau mempunyai ijazah dalam jurusan Filem, Teater dan Animasi di Universiti Teknologi Mara (UITM). Pernah tercalon sebagai Pelakon Harapan Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 pada tahun 2015. Minatnya dalam bidang nyanyian dan muzik membuatnya terus bersama Fazleena & The Lasykar mencipta lagu dan melodi yang segar sejak 2014.

Alis Fariz
(Gitaris Utama)
Dilahirkan pada 20 November 1984, Sound Engineer di Vidivox Studio & Musisi sepenuh masa. Juga banyak mengiringi artis dan band tempatan untuk persembahan. Bersama Fazleena & The Lasykar secara rasmi pada Desember 2023.

Saiful Zul Fiqrie Mohd Kharib
(Bassist)
Mohd Saiful Zul-Fiqrie atau lebih dikenali sebagai Epul merupakan graduan ijazah sarjana muda dari UiTM Puncak Perdana dalam bidang Seni Layar. Beliau dilahirkan dalam keluarga seni dan mengidolakan ayahnya sendiri, Arief Karmahani, yang merupakan Pengarah Filem dan Drama pada suatu ketika dahulu. Epul sudah terlibat dalam industri perfileman sejak beliau masih belajar di peringkat diploma dalam bidang yang sama iaitu ketika umurnya baru mencecah 19 tahun. Beliau memulakan kariernya dengan kerja-kerja sebagai penyunting untuk pelbagai jenis program seperti drama siri, filem, promo tv, muzik video, iklan, video korporat dan banyak lagi. Kariernya sebagai Pengarah Fotografi lebih diberi perhatian oleh kerana kreativitinya dalam menghasilkan visual yang lain dari yang lain. Penglibatannya sebagai pemain bass kugiran FATL sebagai passion dan escapism dari dunia kerja penggambaran yang chaos dan melelahkan.