top of page
  • Spotify
  • Instagram
  • Facebook
DSC_5155.JPG

Mengenai Fazleena & The Lasykar

Fazleena and The Lasykar merupakan sebuah kugiran yang membawakan lagu-lagu puisi yang bersifat ensemble, fun dan kontemporari. Fazleena Hishamuddin seorang penulis, penggiat teater dan karyawan seni budaya yang bergiat aktif dalam lapangan kesenian sejak 2006.

​

Fazleena mengambil inisiatif bersama rakan-rakan baiknya yang terdiri daripada Anas Ridzuan (penyanyi dan pelakon), Atoi Tohet (Dj Radio Rakita & pelakon), Ana Syuhada (guru & penyanyi), Aliff Yasraff (pelakon), Shah Kimin (pelakon), Wan Shah Baharom (pereka web & pemain drum band Sofazr), Saiful Zul Fiqrie Mohd Kharib (penyunting video & filem) dan Alis Fariz (pemuzik sepenuh masa) untuk sama-sama memperjuangkan lagu-lagu puisi kontemporari, maka lahirlah 'Fazleena & The Lasykar'.

​

Perkataan 'Lasykar' bermakna askar atau pahlawan yang merupakan 'tulang-belakang' kepada Fazleena dalam melahirkan irama dan melodi yang segar dalam setiap sesi persembahan.

Fazleena and The Lasykar telah mengeluarkan mini album pada tahun 2015 yang diterbitkan sepenuhnya oleh penerbit buku alternatif iaitu Dubook Press.

​

Boleh mengikuti Fazleena and The Lasykar di lama sosial mereka seperti berikut :

            Facebook : facebook.com/fazleenaandTheLasykar

            Instagram :  @fazleenaandthelasykar

            X               : @FazleenaATL

Sebarang pertanyaan terus melalui Pengurus Fazleena & The Lasykar :

            Amar Amir : 012-7379386

bottom of page